Thursday, April 23, 2009

CW - 1

Senang je tajuk...CW-1 maknanya akan ada cerita kedua, ketiga dan seterusnya sampai le habih Exam CW atau seterusnya. Samada ada gagal atau tidak bukan soal, tetapi mempelajari sesuatu ilmu itu bukanlah menjadikan kita stress malahan lebih menguntungkan kerana yang dapat belajar adalah diri sendiri. Jadikan bonus sekiranya lulus CW yang akan datang ini.

Orang kata susah, memang le susah kalau minda kata susah. Bukan kira ilmu CW pun, apa sahaja perkara jika dianggap susah maka secara automatik kita dah memberikan arahan kepada setiap otak & saraf dalam badan ni untuk bertindak secara negatif maknanya menolak apa yang cuba diserapkan. Ini normal, biasa le...sebab itu kita kena ada self-motivation yang tinggi. Jika Cw ini dapat meningkatkan disiplin dan menukarkan minda negatif kepada positif maka eloklah diteruskan.

Banyak cikgu dah jumpa termasuk 9M2RS, dia cakap .....banyak syok woooo listen& transmit CW sambil keluarkan iambic paddle yang berkilat dengan gold plated. Belek punya belek, ada no siri keluaran daaa....bila siasat ini keluaran khas. Lain macam je auranya.

Saya : Berapa harga Haji Rashid?
RS : Tak jual
Saya : Kalau nak jual berapa?
RS: Tak jual..
Saya: (Kata dalam hati). Kalau tanya sekali lagi mau kena backhand ahhahhahaaah

Yang menjadi masalah adalah mencari kaedah paling sesuai untuk belajar dengan kemampuan diri sendiri. Mula-mula try dengan G4FON, tapi macam tak menarik pulak sebab lagunya irama dangdut. La ni sedang pakai CW Player dengan speed 12wpm seperti advice dari 9M2MGL,9M2AUR,9M2ADI dan beberapa lagi rakan kerana iramanya rock kontemporari...ada ke kategori tu?????

Nak belajar musti ada guru, kalau tak alamat sesat le...oleh itu, yang menariknya rakan-rakan kita ni ada yang kongsikan pengalaman mereka mendapatkan kelas A melalui penulisan blog. Itu kita boleh jadikan panduan. Ye la..nak jumpa jauh...dah dekat mau kena je.....biar jauh tapi dekat di hati sambil semangat untuk belajar CW tidak luntur. Nak belajar dari RS pula dia kurang sihat, maka tidak moleklah mengganggu beliau berehat di rumah. Apapun rakan-rakan lain tidak lokek ilmu...di curahkan sampai termuntah ada...cuma kita sahaja nak terima atau tidak.

Setakat ni masih duduk memantapkan 14 character (12wpm)

A B C D G H I J K L M N O P

Dengan CW player, kita insert char ni dan minta dia mainkan random...la ni penguasaan baru 60%. Sebab masalah pada irama lagi, nak kena dengar dua kali baru char tu boleh ditulis atas kertas. Lopong jangan cakap la....masih banyak lagi.

Bila run test, kita akan cenderung untuk menukar ke bentuk dit dah walhal sebagaimana yang diajar itu adalah SALAH. Terus jadikan irama ke bentuk huruf. Itu yang sedang dilakukan.

Harap sangat la rakan2 komen cara belajar saya ni. Jika ada salah, boleh tegur sebab CW test lambat lagi.. Masih ada masa.

3 comments:

mazru said...

73 pro..aku study CW ni dalm masa sbulan lebih..guna software cw player..tp aku bermula dari 8wpm dan meningkat ke atas..kekadang tu aku buat exprimen dengan menukar nukar kelajuan nya..bila rasa stress je aku slowkan begitulah sebaliknya..dalam bahagian "random" kat software cw player tu aku ikut step yg disediakan dlm software tu..bermula dari lesson#1 dan seterusnya hingga ke lesson #16 aku dah hafal semua rhythm kecuali symbol..aku dapati mudah utk hafal rhythm ngan cara camtu daripada kita set sendiri huruf utk di mainkan..sehari aku study paling min 1 jam utk punchkan rhythm2 tu dalam otak..aku tak bosan sbb aku mmg betul2 minat nak belajar cw dan aku setkan pada mula nak belajar yg mende ni senang...so aku doakan anda berjaya bln 9 ni,insyallah sku akan turun sana jugek time tu utk bg support kpd rakan2 disini..ntah2 aku kena amik lagi sekali kot..sbb result rasminya belum keluar lagi..hehehehe good luck..!

mgl said...

salam PRO,
12wpm yg saya suggest adalah utk seat for cw test,tu amat sesuai,kalu pg atas lg takut nnt bila test terabur coz cw test ada gap,tak salah utk pelajari utk lulus kemudian baru mantapkan utk QSO pula.
mendengar dgn cara menghayati irama2 cw bukan menghafal,jika menghafal akan berlaku conflict minda anda iaitu apabila anda dengar anda akan cuba matchkan irama2 tadi dengan apa yg anda hafal,pedulikan berapa dit dan berapa ada pada setiap karektor...hayati iramaNYA

Zek@9w2pro said...

MZR...aku sedang try lesson#1 seperti yang dicadangkan dalam cw player...memang stress sebenarnya sebab benda ni kita tak biasa...fokus boleh...tapi apa yang menjadi masalah adalah aku rupanya sedang menghafal tanpa sedar...bile anak panggil je AYAHHHHH....terus tertinggal dan tak boleh nak kejar semula...hahaha....best gak ni..baru ada challenge. Apapun try nak hafal iramanya.

MGL..betul memang itu le masalahnya...cuba nak hafal irama sekarang ni. Dit Dah hanyalah panduan penulisan. Sekarang mainkan cw player lepas tu hidekan skrin..sebab mata jahat nak tengok apa huruf nak keluar. Harap-harap semangat ni akan kekal sampai exam. tk atas nasihat rakan2..kalau macam ini akan diteruskan misi CW hingga suksess jika diizinkan.

Post a Comment