Tuesday, April 7, 2009

Coretan 1 : Kejohanan V17 ARDF OPEN 2009






http://v17ardf2009.blogspot.com


Memenatkan tetapi memang menyeronokkan.

Alhamdulillah semua acara kejohanan berjalan dengan baik setelah mendapat keizinanNYA. Agak sedikit kecewa kerana tidak dapat membantu rakan-rakan wilayah V17 pada saat-saat akhir iaitu pada hari kejohanan kerana sebelah pagi terpaksa bergegas ke Dewan Peperiksaan mengambil Peperiksaan Akhir. Apa yang dapat dilihat adalah semangat juang rakan-rakan wilayah V17 dan AJK PKKKL bertungkus lumus mengorbankan masa, wang dan tenaga semata-mata untuk berlumba memberikan sumbangan terhadap masyarakat khususnya penggemar hobi radio amatur.

Semua ini juga tidak akan terjadi sekiranya setiap ahli tidak memberikan komitmen penuh terhadap setiap perkara penting yang diperlukan sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Sedikit pengalaman siri pertama boleh dikongsikan sekitar kejohanan berlangsung. Gambar akan di sediakan dalam masa terdekat oleh jurugambar profesional yang dilantik.

Sampai sahaja ke lokasi lebih kurang jam 11:45 pagi, kebanyakkan peserta telah mula melabuhkan diri di bangku rehat berdekat dengan pusat pendaftaran. Apa yang dapat dilihat adalah keseronokan yang jelas terpampang sambil mengesat peluh yang turun seakan-akan baru selesai memanjat gunung everest. Bila ditanya pengalaman dari mereka, mereka merasakan masa berlalu terlalu pantas untuk mencari beacon tersebut. Apa yang dapat dipelajari mereka adalah proses mencari tersebut bukanlah terletak pada kepantasan masa semata-mata tetapi juga terletak pada kesabaran mengenal beacon yang perlu dicari dan di lubangkan mengikut turutan beacon yang betul iaitu MOE,MOI,MOS,MOH dan MO5 bagi kategori terbuka kejohanan.

Ramai yang mengeluh tersalah ketuk lubang kerana menyangka ianya adalah musang mereka walhal itu adalah beacon untuk pelajar sekolah. Mereka akhirnya dapat mengenalpasti masalah mereka iaitu gopoh dan terlalu ghairah mencapai beacon tanpa mengenal bunyi yang sepatutnya diterima. Kebanyakkan dari mereka seronok kerana pengalaman yang didapati ini bukan senang untuk dapat dimana-mana.

Apapun tunggu siri kedua ............................................

Pautan ke gambar V17 ARDF OPEN dari rakan-rakan sekutu:-




0 comments:

Post a Comment