Sunday, April 26, 2009

CW-3 Today is Samuel Morse Birthday


27 April 2009

Suprisingly...today is a birthday for Samuel Morse who is responsible bringing Morse Code into telecommunication world.



I started to realise after saw it here (above picture). Can you see the colourful morse code DIT and DAH as a doodle google for today? it says GOOGLE = --. --- --- --. .-.. . bukan
----. .-- ..--- .--. .-. ---

CW-2

Hari ini baru ada masa nak latih dengar CW lesson#1 CW Player. Lasting up to 5 minutes and my mind got mess-up...minum kopi lebih dan kurang tidur.

Apapun carry on with learning. Ok....ENDX0...LESSON#1.

Speed - 12wpm
Software - Cw Player

X -..- >100% rhythm copy
0 ----- > 100% rhyhtm copy
D -.. > 50% - confuse with N
N -. > 60% - confuse with D, as my mind still waiting for another last dit.
E . > 100% copied but when running a test...char E is too fast for me to write it down. So i left it behind and ready for next char.

Conclusion for today, 60% char left behind was 'E'...even though it was so easy when you heard in single sound. But when combining with other characters, a bit hard to extract out and write down immediately. 'Sigh'...need to improve more and more by listening. Skip sekejap tulis...sebab itu yang buat tension. just enjoying the listening first.



Tapi bukan boleh duduk diam, macamana nak naikkan semangat ni. Geledah barang-barang tengok ada yang boleh dijadikan CW key....jadi took only 5 minutes to assemble those thing. Sekejap je, gunakan barang yang ada disekeliling, tak perlu beli. At least bila letak benda ni depan mata , bangga dengan hasil tangan sendiri.



CW oscillator guna hobby electronic dari Maplin RM18. Dah beli lama , baru nak pasang. Take a look my CW key. Very simple, i've no problem transmitting but still learning on receiving.



Thursday, April 23, 2009

CW - 1

Senang je tajuk...CW-1 maknanya akan ada cerita kedua, ketiga dan seterusnya sampai le habih Exam CW atau seterusnya. Samada ada gagal atau tidak bukan soal, tetapi mempelajari sesuatu ilmu itu bukanlah menjadikan kita stress malahan lebih menguntungkan kerana yang dapat belajar adalah diri sendiri. Jadikan bonus sekiranya lulus CW yang akan datang ini.

Orang kata susah, memang le susah kalau minda kata susah. Bukan kira ilmu CW pun, apa sahaja perkara jika dianggap susah maka secara automatik kita dah memberikan arahan kepada setiap otak & saraf dalam badan ni untuk bertindak secara negatif maknanya menolak apa yang cuba diserapkan. Ini normal, biasa le...sebab itu kita kena ada self-motivation yang tinggi. Jika Cw ini dapat meningkatkan disiplin dan menukarkan minda negatif kepada positif maka eloklah diteruskan.

Banyak cikgu dah jumpa termasuk 9M2RS, dia cakap .....banyak syok woooo listen& transmit CW sambil keluarkan iambic paddle yang berkilat dengan gold plated. Belek punya belek, ada no siri keluaran daaa....bila siasat ini keluaran khas. Lain macam je auranya.

Saya : Berapa harga Haji Rashid?
RS : Tak jual
Saya : Kalau nak jual berapa?
RS: Tak jual..
Saya: (Kata dalam hati). Kalau tanya sekali lagi mau kena backhand ahhahhahaaah

Yang menjadi masalah adalah mencari kaedah paling sesuai untuk belajar dengan kemampuan diri sendiri. Mula-mula try dengan G4FON, tapi macam tak menarik pulak sebab lagunya irama dangdut. La ni sedang pakai CW Player dengan speed 12wpm seperti advice dari 9M2MGL,9M2AUR,9M2ADI dan beberapa lagi rakan kerana iramanya rock kontemporari...ada ke kategori tu?????

Nak belajar musti ada guru, kalau tak alamat sesat le...oleh itu, yang menariknya rakan-rakan kita ni ada yang kongsikan pengalaman mereka mendapatkan kelas A melalui penulisan blog. Itu kita boleh jadikan panduan. Ye la..nak jumpa jauh...dah dekat mau kena je.....biar jauh tapi dekat di hati sambil semangat untuk belajar CW tidak luntur. Nak belajar dari RS pula dia kurang sihat, maka tidak moleklah mengganggu beliau berehat di rumah. Apapun rakan-rakan lain tidak lokek ilmu...di curahkan sampai termuntah ada...cuma kita sahaja nak terima atau tidak.

Setakat ni masih duduk memantapkan 14 character (12wpm)

A B C D G H I J K L M N O P

Dengan CW player, kita insert char ni dan minta dia mainkan random...la ni penguasaan baru 60%. Sebab masalah pada irama lagi, nak kena dengar dua kali baru char tu boleh ditulis atas kertas. Lopong jangan cakap la....masih banyak lagi.

Bila run test, kita akan cenderung untuk menukar ke bentuk dit dah walhal sebagaimana yang diajar itu adalah SALAH. Terus jadikan irama ke bentuk huruf. Itu yang sedang dilakukan.

Harap sangat la rakan2 komen cara belajar saya ni. Jika ada salah, boleh tegur sebab CW test lambat lagi.. Masih ada masa.

Wednesday, April 22, 2009

Coretan 2 : Kejohanan V17 ARDF OPEN 2009

Sambungan dari coretan 1.....
Setelah mendapat maklumbalas dari peserta berkaitan masalah untuk mencari musang yang disembunyikan, rupa-rupanya sesetengah dari mereka mengalami kesukaran mendengar bunyi CW ID seperti MOE, MOI, MOS dan seterusnya.

Mereka tidak dapat bezakan bunyi tersebut. Oleh itu, ini juga menjadikan mereka yang mempunyai semangat juang yang tinggi akan berusaha untuk mengenal irama dan melodi CW yang dipancarkan dari setiap musang tersebut. Selain dari masalah itu, stamina juga menjadi penghalang untuk mengejar setiap beacon tersebut. Ada yang nak pengsan setelah dapat 2 beacon, belum lagi beacon seterusnya. Mahu tumbang rasanya.

Ada juga mengadu dan berputus asa untuk mencari beacon seterusnya memandangkan ramai rakan-rakan telah pulang ke HOMING lebih awal. Tapi ini tidak bermakna yang pulang awal boleh menang, inilah yang berlaku kepada pasangan PERAMAH yang menang dalam kejohanan terbuka. Apa yang kami lihat, mereka tidak mudah melatah apabila dapat menjejaki FLAG , tetapi mereka berdiri di situ mengenalpasti samaada ini adalah beacon sebenar atau palsu. Inilah cabaran dalam permainan ini, ada yang kata susah dari sebelum ini bagi yang pernah bertanding tetapi bagi mereka yang pertama kali bertanding dan menang bagaimana pula????? Tepuk dada tanya selera.

Apapun menang kalah soal kedua, yang penting kita dapat belajar sesuatu dari pertandingan seperti ini. Ambil kesempatan dari apa yang berlaku dengan menilai segala kekurangan kita. InsyaAllah, jika diizinkan pertandingan seperti ini akan diadakan setiap tahun memandangkan setiap peserta telah mendapat rentak permainan dan berusaha untuk kejuaraan akan datang. Harapan kami juga disandarkan kepada Pelajar Sekolah yang bakal menjadi pelapis kepada radio amatur di Malaysia.

Mudah-mudahan minat terhadap bidang radio komunikasi melalui radio amatur bertambah dari setiap pertandingan yang diadakan.

Oleh itu, musang ditidurkan dan akan dibangunkan tahun depan. Tunggu kemunculannya.

Tuesday, April 7, 2009

Coretan 1 : Kejohanan V17 ARDF OPEN 2009






http://v17ardf2009.blogspot.com


Memenatkan tetapi memang menyeronokkan.

Alhamdulillah semua acara kejohanan berjalan dengan baik setelah mendapat keizinanNYA. Agak sedikit kecewa kerana tidak dapat membantu rakan-rakan wilayah V17 pada saat-saat akhir iaitu pada hari kejohanan kerana sebelah pagi terpaksa bergegas ke Dewan Peperiksaan mengambil Peperiksaan Akhir. Apa yang dapat dilihat adalah semangat juang rakan-rakan wilayah V17 dan AJK PKKKL bertungkus lumus mengorbankan masa, wang dan tenaga semata-mata untuk berlumba memberikan sumbangan terhadap masyarakat khususnya penggemar hobi radio amatur.

Semua ini juga tidak akan terjadi sekiranya setiap ahli tidak memberikan komitmen penuh terhadap setiap perkara penting yang diperlukan sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Sedikit pengalaman siri pertama boleh dikongsikan sekitar kejohanan berlangsung. Gambar akan di sediakan dalam masa terdekat oleh jurugambar profesional yang dilantik.

Sampai sahaja ke lokasi lebih kurang jam 11:45 pagi, kebanyakkan peserta telah mula melabuhkan diri di bangku rehat berdekat dengan pusat pendaftaran. Apa yang dapat dilihat adalah keseronokan yang jelas terpampang sambil mengesat peluh yang turun seakan-akan baru selesai memanjat gunung everest. Bila ditanya pengalaman dari mereka, mereka merasakan masa berlalu terlalu pantas untuk mencari beacon tersebut. Apa yang dapat dipelajari mereka adalah proses mencari tersebut bukanlah terletak pada kepantasan masa semata-mata tetapi juga terletak pada kesabaran mengenal beacon yang perlu dicari dan di lubangkan mengikut turutan beacon yang betul iaitu MOE,MOI,MOS,MOH dan MO5 bagi kategori terbuka kejohanan.

Ramai yang mengeluh tersalah ketuk lubang kerana menyangka ianya adalah musang mereka walhal itu adalah beacon untuk pelajar sekolah. Mereka akhirnya dapat mengenalpasti masalah mereka iaitu gopoh dan terlalu ghairah mencapai beacon tanpa mengenal bunyi yang sepatutnya diterima. Kebanyakkan dari mereka seronok kerana pengalaman yang didapati ini bukan senang untuk dapat dimana-mana.

Apapun tunggu siri kedua ............................................

Pautan ke gambar V17 ARDF OPEN dari rakan-rakan sekutu:-