Monday, October 26, 2009

Nak lulus CW (3) - Persimpangan dilema

Terima kasih kepada saudara 9W2HOO( Champion V17 ARDF 2009) yang baru mengingatkan saya mengenai kesesuaian kelajuan. Inilah yang pernah saya lalui ketika hendak memulakan latihan.

Adakah anda merasakan TENSION, BUANG MASA, PENAT, NAFAS PENDEK, TANGAN MENGURUT KEPALA, DAHI BERKERUT, DUDUK TAK SELESA dan sebagainya???????


Nak ikut yang mana satu ni????

Ada rakan kata bermula dengan kelajuan rendah, ada kata mula dengan kelajuan tinggi. Macam-macam teknik bukan. Hmmmm...maka anda berada dalam DILEMA.

"Relaks...relaks...relaks....ko pasti boleh", ayat penenang 9M2JEN.

Sebenarnya semua teknik tersebut boleh digunakan. Kerana setiap teknik tersebut dikongsi oleh rakan yang dah lulus ujian CW tersebut. Jika anda benar-benar berminat, carilah rakan yang boleh berkongsi kejayaannya. Sentiasa uji tahap dan kemampuan diri sendiri, ikut kesesuaian sebagaimana kata rakan kita. Jika anda merasakan dengan seorang guru tidak cukup, maka tambahlah lagi guru lain untuk tambah pengetahuan dan cari persamaan tekniknya.

Yang penting disini adalah kaji tindakbalas anda menulis sekiranya CW dimainkan. Sekiranya kita cukup latihan, maka anda akan dapat rasakan tindakbalas anda semakin baik apabila sentiasa membuat latihan. INGAT TINDAKBALAS MENULIS!!!! pesanan 9M6WST.

Bila rasa tertekan, STOP dan buat kerja lain dulu. Tak perlulah sampai lebih sejam nak hafal rhythm, lepas tu KEJANG. Saya pernah buat macam tu, tapi rasa tengkuk dan telinga ni PANAS. Sebelum otak menggelegak maka saya STOP dulu. Jangan terburu-buru. Macam saya katakan, main-main dulu dengan CW Player ikut kesesuaian anda. Jika rasakan 15wpm laju, maka rendahkan. Sekiranya anda hanya mampu laksana 2 huruf sehari, tiada masalah kerana otak kita akan memorikan rhythm tersebut. Tapi sekiranya otak penat, rehatkan dulu.

"Belajar dalam 10 min sehari pun OK, asalkan kita fokus dan dapat terima dengan baik", nasihat 9M2ADI.



Smile....heheheh

1 comments:

9w2yvf - VF @ Yusairi said...

Salam brader 9m2pro,
maybe post anda ini sudah hampir 4 thn lamanya.
tetapi ia memberi maklumat yang berguna kepada saya yang ingin belajar CW. Just added your blog link into my blog.

Post a Comment