Bagaimana setiap keretapi yang melalui sesuatu kawasan hendak melaporkan kepada stesen berikutnya kedudukan sebenar pergerakan keretapi tersebut ?
Apabila saya bertandang ke rumah 9M2RS baru-baru ini untuk meminjam set CW Keyer bagi persediaan Ujian CW akan datang, saya dipinjamkan set seperti gambar dibawah.
Apabila dilihat secara dekat , terukir M.R 1949. Apa yang saya faham pada masa itu adalah buatannya pada tahun 1949 sahaja , tetapi maksud M.R masih kurang jelas.
Setelah diterangkan maka M.R adalah singkatan bagi Malayan Railway. Ini adalah koleksi beliau yang memang antik dan nostalgia terhadap panggunaan Morse Code atau Telegraph secara meluas pada waktu itu.
Gambar dibawah pula menempatkan talian telegraph untuk perhubungan antara stesen-stesen dan perhubungan bila sesuatu tren gagal dalam seksyen. Di tiang itu sendiri terdapat nombor bagi memberi panduan kepada pemandu dan pekerja penyenggaraan.
Tidak banyak yang saya tahu mengenai keadaan sebenar pada masa itu, tetapi dengan sedikit pengetahuan ini sekurang-kurangnya kita tahu sejarah penggunaan sistem komunikasi menggunakan telegraph pada sistem pengangkutan iaitu Keretapi Melayu masa dulu.
Jika ada rakan-rakan yang lebih arif mengenai sejarah telegraph pada Keretapi waktu tersebut maka komen serta pandangan anda amatlah dihargai.
0 comments:
Post a Comment