Salam buat semua,
Malam tadi (5/2/08)agak menarik perbincangan di simplex V17 dimana topik perbualan berkisar mengenai 'Antenna Analyser'. Walaupun perbincangan agak lewat menghampiri tengah malam tetapi keseronokan menimba ilmu bukan mengira waktu. Terima kasih kepada 9M2RS (Hj.Rashid) ,9W2END (Firdaus), 9W2TPT (Hamid) yang sudi berkongsi pengetahuan.
Hasil dari perbincangan malam tadi, sedikit sebanyak saya memahami apakah kegunaan antenna analyser. Dari apa yang saya faham, kelebihannya agak banyak berbanding meter SWR biasa di mana salah satu fungsinya ia dapat mengukur 'Cable Losses', 'Distance to fault', 'Measure capacitance and inductance, ' Freq counter' dan sebagainya bergantung kepada pengeluar/manufacturer. Macam biasa, lagi banyak fungsi lagi mahal harganya. Apa yang menarik minat saya adalah kita tidak memerlukan tranceiver untuk menguji antena dimana 'Antenna Analyser' ini boleh beroperasi hanya dengan kuasa bateri dan bekalan kuasa dari luar. Pada pendapat saya kegunaannya mudah berbanding meter SWR biasa yang memerlukan power input untuk ujian.
Pada malam 6/2/08, kami iaitu 9W2TPT dan 9W2END telah eyeball dimana setiap perbincangan dari awal jam 10 mlm sehingga lewat jam 12 tgh malam adalah berkisar mengenai teknikal ham radio. Dalam masa yang sama juga 9w2TPT menjalankan demo mengenai fungsi 'Antenna Analyser MFJ-259' . Setelah diteliti memang sah, kegunaannya amat mudah sekali disamping mudah dibawah kemana sahaja.

Apa yang kita boleh dapati dari MFJ-259 ini adalah:
- Resonan frekuensi antena anda
- Tune/penalaan antena di atas tower tanpa perlu tranceiver dan menyaksikan perubahan SWR setiap kali melakukan penalaan.
- Tune antena mobile HF dalam masa beberapa saat sahaja.
- Ukur SWR antena
- Ukur induktan, kapasitan, resonan frekuensi, transmission line faktor velositi/impedance/loss.
- Uji RF chokes, transformer/alatubah dan balun.
- Trim antena sehingga SWR 1.1 tanpa perlu lakukan QRM.
Terima kasih pada 9w2TPT kerana sudi berkongsi penggunaan antenna analyser MFJ-259 ini. Pada pendapat saya, peralatan seperti ini penting kerana selain dari pelbagai fungsi ianya juga dapat membantu kita melakukan penalaan yang optimum terhadap antena yang digunakan.
0 comments:
Post a Comment