Friday, January 2, 2009

Mesyuarat #1 Team V17 Tahun 2009

Baru sahaja selesai mesyuarat sesi pertama bagi kumpulan V17 yang diadakan di Restoran Syed Bistro tadi. Pelbagai aktiviti dan program telah dirancang bagi tahun 2009 dan apa yang menarik adalah penganjuran ARDF yang berkemungkinan besar akan diadakan dalam masa terdekat. Apa sekalipun ianya masih dalam peringkat perbincangan dan diharapkan segala perancangan berjalan lancar hendakNya. Semua aktiviti tidak akan berjaya jika tiada kerjasama semua rakan ham samada dari V17 atau tidak tetapi kerjasama dari semua penggemar radio amatur khususnya. InsyaAllah dari mesyuarat tadi saya dapat nampak semangat kerjasama untuk merealisasikan apa yang telah dirancang.
¤¤Blogging via Motorola V6 Maxx¤¤

2 comments:

peihong said...

PARTS akan bagi full support

Zek@9w2pro said...

Terima kasih rakan PARTS. InsyaAllah kami akan buat yang terbaik supaya rakan-rakan tidak menyesal turut serta.

Post a Comment