Sunday, December 28, 2008

Kenduri doa selamat 9W2SLJ

Balik je Bkt merah terus ke kenduri doa selamat Pak Lope..Moga rezeki tahun baru bertambah baik. Amin
¤¤Blogging via Motorola V6 Maxx¤¤

Saturday, December 27, 2008

Moh Bkt Merah Laketown

Ni sedang beratur untuk Check-In di Suria Apartment Bkt Merah Laketown Resort...punya la ramai manusia...teman bukan suka sesak macam ini tapi fikirkan keluarga maka teman bawalah family termasuk mak mertua jalan ke sini. Sampai tepat jam 3pm dan depan front office je ramai beratur ikut kaedah zigzag..kalah beratur di pejabat pos..haha..apapun misi teman adalah nak tgk family teman enjoy..itu yg penting. Hari ini dah 1 muharram, Selamat Tahun Baru semua. 73
¤¤Blogging via Motorola V6 Maxx¤¤

It's wasn't me...!!!

Well..he did it again..

Last time i got a called from 9w2ZAE saying to me that i wasn't show up when an Astra net controller calling for me..

It's wasn't me...!!!

Just now again i got sms from 9W2TPT saying the same things but he recognised my audio quite well.

It's wasn't me...!!!

It is beyond my control and i plan to lodge a report to MCMC as they have the power and authorities to investigate further...just take 5 minutes from my office at Cyberjaya. Ok then..i was grateful to have friends who care for others..thank u guys

via motorola V6 maxx.

Friday, December 26, 2008

SELAMAT TAHUN BARU ISLAM

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM pada semua umat islam..sekejap je setahun berlalu..tua dahhh. Sama2 kita berdoa Akhir Tahun dan Awal Tahun supaya kita sentiasa dapat mensyukuri nikmatNya..setiap hembusan nafas kita adalah dari izinNya..Alhamdulillah. Lama juga teman cuti..sampai le hujung tahun..kat mana lagi kalau bukan di ipoh. Jemputan kenduri kawin jangan cakap le..tertutup traffic light dengan penunjuk arah..ada juga yang pakai banner sebesar-besarnye..fuh kayanye...harap2 berbaloi dan tidak menjadi satu pembaziran...esok ke Bkt Merah bawa family xyl jalan2..dah dpt cuti macam ni apa lagi kasi henjut le...
¤¤Blogging via Motorola V6 Maxx¤¤

Terima kasih Bro 9W2AFR

Rajin gak aku lawat blog 9w2afr..memang handal dan rajin update blog..seronok nengok aktiviti dia..dan yg teman respek dari hp beliau je mampu update blog..kemudahan dah ada jd berbaloi gunakan. Apa lg..teman pun teracun secara perlahan dan kebetulan ada kemudahan 3g..setting pg ni juga dan terus memancar...ek eh tgk dlm blog memang up to date..teman pun pakai hp cap ayam gak..tp tukarlah..cap angsa pulak..hehe..pengajaran baik teman dapat adalah..gunakanlah teknologi moden dgn bijak..walaupun pd hp cap angsa..gitu..huhu

Test blogging from mobile

Test

Sunday, December 14, 2008

ARRD 08 - PORT DICKSON

Assalamualaikum dan Salam Bahagia,



Kita sedia maklum mengenai acara ini yang berlangsung di Port Dickson pada tarikh keramat 13 Dec 2008. Saya bersama dengan 9W2GSR dan SWL Mamak juga tidak ketinggalan hadir ke lokasi tersebut. Agak hujan lebat semasa dalam perjalanan ke PD tetapi alhamdulillah syukur kerana dapat pergi dan pulang dengan selamat.

Kami sampai ke PD lebih kurang jam 4.45ptg dan terus ke kaunter pendaftaran dimana kebetulan pula Kak Yong (9W2YZU) telah menjaga kaunter tersebut. Selepas pendaftaran, program seterusnya adalah sesi 'Technical Talk' disampaikan oleh 9M2DX. Agak terpegun dengan maklumat mengenai Propogasi/Propogation oleh beliau yang menunjukkan apakah yang berlaku disebalik wujudnya fenomena propogasi dan hubung kait dengan gelombang radio.

Thanks a lot.

Monday, December 8, 2008

Tragedi Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa

Penulis telah menerima sms dan panggilan dari 9w2TLB dan 9W2CIA berkenaan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada pagi sabtu @ 6/12/08. Kebetulan pula ramai antara ahli berdekatan telah sampai ke kampung halaman bagi persiapan Hari Raya AidilAdha. Disebabkan oleh kawasan komuniti wilayah V17 adalah yang paling dekat, kami diperlukan bagi menyediakan pusat komunikasi (Control) di HQ PBSM Jalan Ampang. Penulis sampai ke HQ PBSM jam 6.20pm dan seterusnya bersama beberapa rakan untuk menukar pusingan standby di pusat komunikasi sementara di Masjid Bkt Antarabangsa . Misi ini diketuai sepenuhnya oleh pihak Mares dan Presiden 9M2AU. Di dalam masa yang sama, pihak SCS telah mengosongkan penggunaan repeater dan memberi laluan kepada sukarelawan radio amatur menggunakannya sekiranya diperlukan. Terima kasih atas bantuan semua pihak.





Maaf kualiti gambar kurang memuaskan. Lokasi di Masjid berdekatan Bkt Antarabangsa.
Gambar selanjutnya boleh didapati disini