Thursday, September 17, 2009

Persediaan CW sepanjang HARI RAYA

Assalamualaikum,

Telah diketahui umum, Ujian CW kali kedua tahun ini akan jatuh pada 7 Okt 2009. Ini bermakna hanya tinggal 19 hari sahaja lagi persiapan dan persediaan perlu diatur dengan bijak sepanjang masa tersebut.

Dalam masa yang sama juga, musim aidilfitri masih lagi panas pada waktu tersebut dan sudah tentu bertimbun dengan jemputan rumah berbuka bagi menyemarakkan lagi suasana Hari Raya. Ini memang sudah dijangka tetapi apa yang amat merisaukan saya bukanlah persiapaan hari raya atau sebagainya kerana setiap tahun kita akan beraya.

Yang meletakkan kerisauan saya ke tahap ke 4 dari 5 adalah ujian CW ini. Kerana ini sudah pasti adalah kali pertama berhadapan dengan ujian sebegini rupa.

Adakah saya benar-benar bersedia? Adakah kebimbangan ini juga dirasai oleh rakan2 lain?

Kata orang ....lebih banyak kita gementar bermakna lebih banyak kita bersedia. Akan tetapi selalunya gementar itu akan hilang apabila kita dapat menerima ayat pertama dengan baik. Perjalanan seterusnya pasti akan lancar.

Jadi...kesempatan ini juga, saya iaitu pemegang callsign 9W2PRO ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan memohon kemaafan sekiranya sepanjang perkenalan dan penulisan saya di dalam blog atau semasa kita rancak berbual terdapat beberapa rencah yang tidak sedap untuk ditelan atau dirasai hingga menimbulkan rasa kurang senang terhadap diri saya ini.

Mudah-mudahan....kita akan diberkati sepanjang kita bersahabat melalui ruang udara komunikasi yang banyak mengajar kita erti persahabatan sebenar.

Berhati-hati semasa memandu pulang di HARI RAYA.

Saya akan berada di IPOH sehingga 22/09/09.