Tahniah pada MARES dan semua AJK yang bertungkus-lumus menjayakan AGM 2008 pada 29 MAC 2009 lalu bertempat di Rumah Kelab Mares Petaling Jaya.
Alhamdulillah AGM yang berlangsung berjalan dengan lancar sekali di samping menikmati hidangan Nasi Beriyani Gam setelah selesai pada jam 12:20 tghari. AGM kali ini tidak mengubah sebarang lantikan baru terhadap AJK tetapi adalah tertumpu kepada penyata kewangan MARES bagi unjuran tahun 2008. Apa yang membanggakan ahli-ahlinya adalah, kita mempunyai sahabat serta rakan yang sentiasa tidak jemu memberikan khidmat terhadap segala aktiviti yang dianjurkan. Aktiviti yang dijalankan juga lebih fokus terhadap kegiatan Radio Amatur serta secara tidak langsung memberikan khidmat kepada masyarakat umumnya.
Tertarik kepada nasihat dari 9W2ABL bahawa kekuatan kelab atau sesuatu organisasi itu bukanlah terletak kepada Presiden atau Naibnya tetapi adalah kerana kekuatan ahlinya sendiri. Kita yang perlu menentukan sendiri hala tuju sesebuah kelab dan sumbangan kita samaada secara terang atau tidak bukan menjadi sebarang pertikaian. Memang sukar melakukan kerja tanpa dibayar melalui wang ringgit akan tetapi kepuasan melakukannya untuk kebaikan bersama sudah memadai...itulah gambaran kepada mereka yang membangunkan MARES sehingga berjaya mengekalkan entitinya sebagai sebuah kelab yang memberikan bantuan kecemasan dari skop komunikasi di Malaysia. Sebagai ahli kita sepatutnya berasa bangga dan tidak cukup dengan itu, kita di saran agar mengambil sebarang aktiviti yang dianjurkan MARES walaupun hanya sempat sekali setahun tetapi cukup memberikan makna terhadap sumbangan anda.
Hasil pemerhatian saya juga mempamerkan petanda yang baik terhadap peminat Radio Amatur kerana aktiviti tahun ini dijangka akan dipelbagaikan agar semua ahlinya sedar bahawa bukan sekadar QSO sahaja menjadi aktiviti kita malahan lebih dari itu.
Untuk gambar, sila klik pautan dibawah yang disediakan oleh 9W2REJ semasa AGM tersebut.