Tuesday, May 5, 2009

CW-5 14WPM Tone 650Hz


Sebelum ini saya berlatih dengan kelajuan 12WPM, bagi sesi pembelajaran #1 dan #2 CW Player. Sesudah saya benamkan irama tersebut dalam minda maka sesi seterusnya adalah gabungan abjad


endx0 + tawp1 = endx0tawp1


Merungkai masalah sebelum ini dimana kita agak keliru dengan abjad A=W dan N=D, masalah dapat diatasi dengan sentiasa berlatih mendengar perbezaan nya, mainkan abjad yang keliru ini dengan lebih kerap guna kaedah manual...sekadar untuk mendengar perbezaannya.

Saya dinasihatkan oleh rakan-rakan 9M2MGL,9M2AUR termasuk 9M6WST untuk terus belajar mendengar tetapi dengan kelajuan 14wpm menggunakan tone 650Hz. Fuhh...laju juga. Tapi apa sebabnya ye???sedangkan ujian hanya 12wpm....mesti ada rahsianya.


Apapun saya cuba dalam lima minit abjad diatas dengan kelajuan seperti yang disarankan. Tiada masalah untuk menangkap. Kenapa pula boleh sedangkan lebih laju dari biasa iaitu 12wpm? Apapun hanya benak minda kita dapat jawapannya.......LATIHAN MENDENGAR maka kita akan gunakan otak sebelah kiri yang akan berfungsi menyimpan abjad,simbol dan sebagainya.


Adakah ianya sudah berada di bawah sedar? bagaimana kita nak tau......dengan cara ujian kita akan tau...oleh itu...abjad pembelajaran tidak akan berubah...yang hanya berubah adalah kelajuan selepas ini.


Let see......if this would work for me.

1 comments:

mazru said...

tahniah pro..teruskan usaha

Post a Comment