Monday, July 14, 2008

FOX HUNTING - ADA BERANI???

Fox Hunting atau ARDF ( Amateur Radio Direction Finding)




(Gambar diatas diambil dari blog jurukaka)

Bagi yang tidak pernah dengar apakah aktiviti Fox Hunting...maka bolehlah mulai bertanya pada rakan yang aktif dan giat dengan ham radio sekitar lokalan anda. Sebab aktiviti ini sukar nak digambarkan dengan kata-kata serta visual melainkan anda mendengar rakan yang pernah terlibat bercerita tentang permainan ini.

Untuk makluman rakan2, tak sampai sejam pun anda dapat siapkan antena yagi 3 elemen bagi tujuan fox hunting ini. Walaupun kelihatan mudah dan pelik bagi orang ramai lihat, tetapi jenis antena inilah yang agak berbisa semasa sedang mencari musang. Semasa latihan, ramai juga yang lalu lalang bertanya ....tentang aktiviti ini dan kebanyakan dari mereka memang kurang pengetahuan tentang radio amatur di Malaysia, bukan sahaja orang ramai malahan geng radio amatur sendiri pun tak pernah tau dan tidak ambil tahu.

Jadi...20hb ini pihak penganjur MARTS Selangor akan mengadakan pertandingan Fox Hunting di Tasik Titiwangsa. Ada kita dengar datang dari jauh untuk sertai.

Jadi...apa macam???? ADA BERANI kita berentap di sana cari musang!!!

Butiran terperinci boleh dapat di sini :

1) Marts
2) Rules & Regulation

0 comments:

Post a Comment