Monday, July 21, 2008

Tahniah pada Komuniti V17 - Fox Hunt Selangor 2008

Syukur Alhamdulillah....

Sampai juga kami ke garisan penamat dalam satu kumpulan. Setelah mendapat beacon yang terakhir , kami memulakan larian ala-ala marathon ke HOME. Walaubagaimanapun apakan daya, baru sampai ke pertengahan jalan kami terpaksa mengalah kerana kurang stamina ( lidah dah terjulur sampai ke lantai woooo) , tapi nasib baik kami ada pelari pecut tanahair yang tidak sempat digilap bakat beliau kerana telah berkecimpung dalam radio amatur iaitu 9W2SMF. Dialah yang pertama sampai ke HOME sambil kami menyusul dibelakang berlari mengejar beliau. Apa yang saya boleh katakan padanya...laju woooooo...sambil tarik nafas sedalam2nya...tapi macam tak cukup. Dari jauh kami lihat ramai berada di HOME dan beranggapan...kami ke yang terakhir ni?

Larian 1000 langkah 9W2SMF


Gambar bawah pasukan V17 B
Dari kiri -9W2ZF,9W2TLB,9M2RS,9W2PRO,9W2SMF
Hadiah tempat pertama disampaikan oleh Presiden Marts (Dato’ Muhamad B. Ismail 9W2IL)


Semua pasukan bergambar V17A,V17B dan V17C
Dari kiri berdiri - 9W2SQ,9W2CIA,9W2WF,9W2THR,9W2HH,9W2BC,9W2AKX,9W2PRO,9W2ZF,9W2SMF
Dari kiri duduk - 9W2POK,9W2TLB


Rupanya kamilah kumpulan yang pertama (V17 B) sampai ke HOME pada jam 11:20 pagi. Lebih kurang 1 jam 5 min dari waktu pelepasan. V17 telah menghantar 3 kumpulan bagi menyemarakkan lagi pertandingan ini. Menang atau kalah bukanlah pengukur sebenar tetapi semangat ham perlu disemarakkan pada diri setiap rakan agar kesinambungan hobi ini akan dapat memberikan manfaat pada generasi akan datang.
Ribuan penghargaan kepada penganjur (MARTS), penasihat/penaja V17 (9M2RS), Ketua strategi (9W2SQ) dan penaja baju (9W2AMR), 9M2RZL dan rakan lain yang turut membantu dalam menjayakan program ini. Disebabkan penulis sendiri turut serta, gambar tidak sempat dirakam secara peribadi tetapi dirakam oleh jurugambar profesional semasa acara tersebut.

Tidak lupa juga takziah buat 9W2SMF atas kehilangan ayah beliau sehari sebelum dan tabik buat PARTS kerana menghantar wakil bagi sama-sama memeriahkan acara ini.
Rakan2 dari PARTS (Perak Amateur Radio Transmitter Society)

Apapun , selepas ini wakil V17 akan sentiasa menghantar wakil ke acara ini sekiranya dijemput InsyaAllah.

Papan keputusan

Pas penyertaan


Gadget - Active Attenuator

Keputusan rasmi :
1)V17 B
2)V17 C
3)V33 ROG
4)V17 A


Best antenna design :

V33 ROG ( Dinilai oleh OT 9M2DS) - " comey antena ni...kecil bukan sebarang "



Untuk lebih lagi gambar sila klik disini dan sini lagi

Monday, July 14, 2008

FOX HUNTING - ADA BERANI???

Fox Hunting atau ARDF ( Amateur Radio Direction Finding)




(Gambar diatas diambil dari blog jurukaka)

Bagi yang tidak pernah dengar apakah aktiviti Fox Hunting...maka bolehlah mulai bertanya pada rakan yang aktif dan giat dengan ham radio sekitar lokalan anda. Sebab aktiviti ini sukar nak digambarkan dengan kata-kata serta visual melainkan anda mendengar rakan yang pernah terlibat bercerita tentang permainan ini.

Untuk makluman rakan2, tak sampai sejam pun anda dapat siapkan antena yagi 3 elemen bagi tujuan fox hunting ini. Walaupun kelihatan mudah dan pelik bagi orang ramai lihat, tetapi jenis antena inilah yang agak berbisa semasa sedang mencari musang. Semasa latihan, ramai juga yang lalu lalang bertanya ....tentang aktiviti ini dan kebanyakan dari mereka memang kurang pengetahuan tentang radio amatur di Malaysia, bukan sahaja orang ramai malahan geng radio amatur sendiri pun tak pernah tau dan tidak ambil tahu.

Jadi...20hb ini pihak penganjur MARTS Selangor akan mengadakan pertandingan Fox Hunting di Tasik Titiwangsa. Ada kita dengar datang dari jauh untuk sertai.

Jadi...apa macam???? ADA BERANI kita berentap di sana cari musang!!!

Butiran terperinci boleh dapat di sini :

1) Marts
2) Rules & Regulation