Sunday, May 25, 2008

Semput dan demam panas

Kali ni coretan mengenai anak saya yang kedua berumur 9 bulan. (Muhamad Yusuf)
(Minta maaf keluar tajuk radio sekejap.)
Masuk hari ini dah 2 hari beliau terlantar di hospital Ampang kerana masalah kesukaran bernafas. Baru sahaja selesai menguji litar VOR ( Voice operated Relay) untuk sebarang kegunaan berkaitan radio dan elektronik. Alhamdulillah berjaya sehari sebelum beliau dimasukkan ke wad....ada kelapangan saya akan uploadkan setelah kesihatan sekeluarga mengizinkan.



Kesnya bermula apabila harmonic saya sukar untuk tidur , mengalami batuk berkahak dan demam panas. Setelah mendapat nasihat dari Klinik Kita Desa Pandan, doktor bertugas mencadangkan agar dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut kerana jika simptom sukar bernafas dan hadapi demam panas cecah 38.5 , maka mungkin ada masalah dengan saluran penafasan dan paru-paru.



Setelah dilakukan X-ray dan ujian darah juga mendapati darah juga telah dijangkiti dan terus ditahan di wad sehingga waktu ini. Alhamdulilah setelah diberikan nebulizer, bayi dalam keadaan selesa dan mudah bernafas. Cuma selera minum dan makan agak berkurangan sedikit. Apa yang paling tidak sangka, saya juga ditemani oleh 9W2JEK dan 9W2MIG yang kebetulan berada sekitar sana sepanjang proses pemeriksaan awal sehingga ditahan di wad. Terima kasih kerana sudi menemani saya walaupun tidak berkesempatan ingin berbual panjang dengan 9W2MIG yang baru dikenali.



Diharapkan dengan sokongan dan doa rakan2, anak saya cepat sembuh dengan izin Allah swt. Amin dan Alhamdulillah.




Sunday, May 11, 2008

MARES di Karnival TM

Alhamdulillah dan Terima Kasih


Kepada pihak MARES kerana sudi menyertai dan memeriahkan Karnival anjuran TM bertempat di hadapan Pasar Borong Selangor selama dua hari berturut iaitu pada 10 dan 11 Mei dengan keadaan cuaca yang baik. Antara stesen yang turut sama adalah 9M2AU, 9W2ROI, 9W2TPT, 9W2PRS, 9W2REJ, 9W2MZT, 9W2STT, 9W2FD, 9W2LRT, 9W2ERL, 9W2BBS, 9W2GUZ, 9W2LID, 9W2AJE, 9W2OKU, 9W2HZA, 9W2TU, 9W2ATU dan mungkin beberapa lagi stesen yang saya lupa callsign mereka..harap maaf.

Di Malaysia, tahap kesedaran mengenai kepentingan komunikasi masih rendah jika dibandingkan dengan negara lain. Oleh itu, adalah menjadi salah satu tanggungjawab kita sebagai rakan radio amatur untuk memberikan pendidikan dan kesedaran kepada orang ramai mengenai radio amatur. Dengan mengadakan pameran sebegini , diharapkan agar pengunjung yang singgah ke BOOTH radio amatur mendapat maklumat dan pengetahuan mengenai radio komunikasi.

Tahniah kepada Nurman (9w2NUR) kerana memanfaatkan kegunaan radio amatur sebagai komunikasi kecemasan semasa beliau terperangkap di Gunung Nuang pada 10 Mei yang lalu. Ini secara langsung memberikan gambaran baik kepada orang ramai di Malaysia betapa penting radio amatur sebagai ' BackUp Communication '.
Berikut adalah gambar semasa Karnival ehsan dari 9W2MZT:




Wednesday, May 7, 2008

PAMERAN RADIO AMATUR SEMPENA KARNIVAL TM

Dijemput semua warga radio amatur untuk hadir bagi memeriahkan karnival anjuran TM MSC.

TARIKH/MASA : 10 Mei 2008 – 11 Mei 2008 ( 8.30 pg - 6.00 ptg )

LOKASI : Perkarangan Pasar Borong Selangor

Pihak MARES akan turut sama mengadakan pameran berkenaan Radio Amatur khususnya kepada umum bagi tujuan pendedahan mengenai hobi ini.

Mari ramai2 memeriahkan karnival ini.

73